Terma Perkhidmatan
Dikemas kini: 28 November 2026
Terma ini terpakai kepada penggunaan JalanBersama di jalanbersama.jagung.my, yang dikendalikan oleh Taqwa Mission Ventures (No. Pendaftaran: 202603096365 (003840839-M)) bersama jagung.my. Dengan menggunakan app atau mendaftar akaun, anda bersetuju dengan terma ini.
1. Perkhidmatan
JalanBersama ialah alat untuk merancang itinerari perjalanan, menganggar kos dalam ringgit, menyimpan tiket dan dokumen, serta membahagi belanja dalam kumpulan. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma. Kami boleh menambah, mengubah atau menghentikan ciri dari semasa ke semasa.
2. Maklumat dalam app adalah panduan
- Harga dan kos: harga dalam template ialah anggaran contoh. Jumlah kos dikira daripada angka yang anda masukkan.
- Kadar tukaran: diambil daripada sumber awam dan boleh berbeza daripada kadar bank atau money changer.
- Visa, cuaca, waktu solat dan status halal: ringkasan umum daripada sumber pihak ketiga. Sentiasa semak dengan laman rasmi, masjid tempatan atau premis berkenaan.
- Import dokumen: maklumat yang dibaca daripada PDF atau Excel mungkin tidak lengkap atau tersilap. Semak ringkasan sebelum menambahnya ke trip, dan semak tiket asal sebelum perjalanan.
Anda bertanggungjawab membuat keputusan perjalanan, tempahan dan pembayaran anda sendiri.
3. Akaun anda
- Gunakan emel yang sah dan simpan kata laluan anda dengan selamat.
- Anda bertanggungjawab atas aktiviti dalam akaun anda.
- Maklumkan kepada kami segera jika anda syak akaun anda digunakan tanpa kebenaran.
4. Kandungan dan perkongsian
- Trip, fail dan maklumat yang anda masukkan kekal milik anda.
- Anda hanya boleh memuat naik fail yang anda berhak simpan, seperti tiket dan resit anda sendiri.
- Bila anda menjemput ahli atau mencipta pautan kongsi, anda yang menentukan siapa boleh melihat trip. Ahli yang diberi kebenaran edit boleh mengubah trip.
- Jangan gunakan JalanBersama untuk kandungan yang menyalahi undang-undang, mengganggu orang lain, atau cuba mengganggu sistem kami.
5. Ketersediaan dan had tanggungjawab
JalanBersama disediakan "seadanya". Kami berusaha memastikan perkhidmatan stabil dan data selamat, tetapi tidak menjamin ia sentiasa tersedia atau bebas ralat. Simpan salinan tiket penting di tempat lain juga. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian yang timbul daripada penggunaan maklumat dalam app, termasuk penerbangan atau tempahan yang terlepas.
6. Penamatan
Anda boleh berhenti menggunakan JalanBersama pada bila-bila masa dan meminta akaun dipadam (lihat Dasar Privasi). Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini.
7. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
8. Perubahan dan hubungi kami
Jika terma ini berubah, tarikh di bahagian atas akan dikemas kini. Soalan boleh dihantar kepada Taqwa Mission Ventures di 011 2057 2687 atau support@jagung.my.