Itinerari dalam Notes, harga dalam screenshot.
Bila nak tahu jumlah sebenar, kena buka sepuluh tempat dan kira guna kalkulator. Kadar tukaran pula lain-lain.
Itinerari hari demi hari, e-tiket, peta dan kos dalam RM, dalam satu app. Kongsi dengan keluarga atau rakan musafir, rekod siapa bayar apa, dan semua orang tahu bahagian masing-masing.
Percuma · Boleh terus guna tanpa daftar · Boleh dibuka tanpa internet
Bila nak tahu jumlah sebenar, kena buka sepuluh tempat dan kira guna kalkulator. Kadar tukaran pula lain-lain.
Nombor PNR, hotel, tiket tren dan baucar ada dalam emel berlainan. Internet pula perlahan di lapangan terbang.
Seorang bayar makan, seorang bayar teksi, seorang lagi tukar duit. Akhirnya ada yang tercicir dan rasa tak sedap hati.
JalanBersama bermula daripada soalan seorang traveller DIY: ada tak app yang boleh buat itinerari dan kira kos sekali? Yang ada kebanyakannya untuk satu tempat sahaja. Jadi kami bina satu app untuk semua destinasi, dengan ringgit sebagai mata wang utama.
Tak perlu key-in satu per satu. Pilih fail e-tiket, tempahan hotel atau jadual Excel, semak ringkasannya, dan tekan Tambah ke trip.
PDF hasil imbasan atau gambar tiket dibaca dengan butang Baca dengan AI (bila ciri AI diaktifkan). Hasilnya dipaparkan untuk anda semak dahulu sebelum ditambah.
Leret antara tarikh, lihat aktiviti, jarak antara tempat, gambar dan peta kecil setiap hari.
Harga seorang atau sekumpulan, harga kanak-kanak berasingan, dan kadar tukaran terkini dengan satu tekan.
Jemput rakan musafir, rekod siapa bayar apa, dan app kira siapa hutang siapa dengan pindahan paling sedikit.
Kad gaya boarding pass, e-tiket dilampirkan, dan senarai tempahan yang belum dibuat.
Pin ikut hari dan butang laluan Google Maps untuk setiap hari.
Waktu solat ikut tarikh trip, serta masjid dan kedai makan halal berdekatan hotel atau aktiviti.
Ramalan atau cuaca tahun lepas pada tarikh sama, dan senarai semak yang ikut cuaca serta trip umrah.
Pasang di skrin utama telefon. Itinerari dan tiket masih boleh dibuka di luar negara.
Mula dengan template supaya tidak bermula dari kosong, kemudian ubah ikut trip anda.
Tokyo, Seoul, Bali, Istanbul, Umrah dan lain-lain. Harga contoh ditanda dengan jelas.
Pilih tempat dekat stesen supaya jimat masa dan tambang. App tanda yang jauh dari stesen.
PDF flight, hotel atau Excel jadual. Semak ringkasan dan tambah ke trip.
Masa, tempat, harga dan status tempahan. Jumlah sehari dan amaran bajet dikira sendiri.
Hantar jemputan emel atau pautan baca sahaja. Semua nampak trip yang sama.
Tab Hari ini tunjuk aktiviti seterusnya. Rekod belanja, kemudian tanda sudah bayar.
Kami bina JalanBersama untuk cara orang Malaysia bercuti: berkumpulan, dengan keluarga besar, dan kerap ke destinasi yang perlu waktu solat dan makanan halal. Semua harga dikira dalam ringgit. Data trip anda disimpan dalam telefon anda sendiri, kecuali anda pilih untuk log masuk dan kongsi dengan kumpulan.
Mula terus tanpa daftar. Daftar akaun percuma bila mahu sync antara telefon dan kongsi dengan kumpulan.
Ya. Semua ciri boleh digunakan tanpa bayaran dan tanpa iklan. Tiada pelan berbayar buat masa ini.
Tidak. Buka app dan terus mula. Akaun percuma hanya perlu jika mahu guna trip yang sama di telefon dan laptop, atau berkongsi dengan ahli kumpulan.
Tanpa akaun, semua data dan fail tiket disimpan dalam pelayar telefon anda sahaja. Bila log masuk, trip disimpan juga dalam akaun supaya boleh disegerakkan dan dikongsi. Nombor tempahan dan rekod belanja tidak dipaparkan dalam pautan kongsi awam.
Boleh. Pasang app di skrin utama telefon. Itinerari, kos dan tiket yang disimpan dalam telefon masih boleh dibuka tanpa internet. Peta, cuaca dan carian halal perlukan internet.
Butang "Kadar terkini" mengambil kadar daripada Frankfurter (Bank Pusat Eropah) atau ExchangeRate-API. Anda juga boleh isi kadar money changer sendiri, yang biasanya 1 hingga 3% lebih tinggi.
Senarai masjid dan kedai makan datang daripada OpenStreetMap, jadi status halal tidak dijamin. Semak logo atau tanya kedai. Info visa ialah ringkasan umum dengan pautan ke laman rasmi; sentiasa semak sebelum membeli tiket.
Ya. Ada template Umrah DIY (Makkah dan Madinah), waktu solat kaedah Umm al-Qura, dan senarai semak umrah seperti kain ihram dan permit Nusuk.
Rancang trip seterusnya dalam satu tempat, dan biar semua orang tahu jadual dan bahagian masing-masing.
Mula rancang percuma →